Saya telah menerima jemputan oleh Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Tengku Mahmud, Besut Terengganu atau TMESA untuk menghadiri majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar dari negeri Terengganu yang sedang menuntut di IPT tempatan. Namun, atas sebab tugas rasmi, yang mana saya telah dipanggil oleh Y.A.B Perdana Menteri untuk turut mengikuti beliau ke Uzbekistan sempena lawatan rasmi [...]
Saya berkesempatan mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom pada 6 hingga 9hb November yang lalu. Tujuan utama lawatan ialah bagi memenuhi jemputan pelajar-pelajar Malaysia di sana dan sama-sama meraikan kemeriahan Nottingham Malaysian Games untuk tahun ini.
Selain memenuhi jemputan pelajar-pelajar kita di Nottingham, saya juga turut berkesempatan mengatur pertemuan dengan H.E David Lammy, Minister of State [...]
Commonwealth of Learning (CoL) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi telah menganjurkan satu perjumpaan selama 3 hari dengan 17 negara anggota CoL di Kuala Lumpur. Perjumpaan diadakan bagi memberi peluang kepada negara anggota terbabit CoL untuk berbincang mengenai pencapaian terkini mengenai Pelan 3 Tahun 2006-2009 yang diperkenalkan oleh CoL. Antara lain perjumpaan bertujuan untuk mendapatkan maklum [...]
Sempena musim haji yang telah pun tiba, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berlepas kepada bakal jemaah haji yang akan menjadi tetamu Allah di Tanah Suci kota Makkah. Saya difahamkan bakal-bakal haji dari seluruh Malaysia akan berlepas mulai Ahad, 2hb November 2008 secara berperingkat-peringkat. Saya cukup yakin dengan persiapan para jemaah sekalian dibantu oleh [...]