Semalam saya telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Selain berpeluang mendengar taklimat mengenai perkembangan dan pencapaian terkini universiti, saya turut berkesempatan meluangkan masa bertemu dengan para pelajar universiti tersebut. Walaupun ini merupakan kali pertama lawatan saya ke UPNM, ianya bukanlah lawatan kali yang terakhir. Masih banyak aspek dan perkara yang saya [...]
Sabtu lalu saya sempat meluangkan masa memenuhi jemputan ke Majlis Anugerah Penggawa Gemilang 2009, anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Penggawa Timur, Masai. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima anugerah pada hari tersebut, yang bukan sahaja terdiri daripada para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM, malah turut terdiri daripada guru-guru yang telah [...]
Tenaga pengajar digalak guna kreativiti hasil karya inovatif dan buat penyelidikan
PELABUHAN KLANG: Kerajaan bercadang menyediakan insentif khas kepada pensyarah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang menggunakan kreativiti dan lebih berinovasi seperti menghasilkan buku, membuat penyelidikan dan pembangunan serta penulisan dalam jurnal.
Menteri Pengajian Tinggi, Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah gaji yang diterima [...]
Program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) yang berakhir pada Ahad lepas telahpun dianjurkan dengan sempurna. Alhamdullilah, saya amat gembira dan berpuas hati dengan sambutan dan penganjuran K3G 2009. Ini merupakan kali pertama penganjuran K3G yang mana ia bukan sahaja telah berjaya menarik hampir 300,000 pengunjung, malah ianya turut berjaya menawarkan lebih 14,000 [...]
Dalam majlis Perhimpunan Bulanan KPT 5hb Mei yang lalu, saya ada menjelaskan mengenai slogan ‘Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan’ dalam konteks Pengajian Tinggi negara. Jadi, dalam pengisian blog saya pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan semua mengenai terjemahan dan definisi slogan ini khusus dalam konteks Pengajian Tinggi negara.
Bagi pihak Kementerian, Rakyat dan Prestasi adalah [...]