SINAR untuk golongan bawahan terutama pekerja yang berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di universiti semakin cerah.
Langkah Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi pengajian secara percuma kepada golongan pekerja yang berminat untuk mendapatkan pendidikan tinggi namun tidak berkemampuan sangat dialu-alukan.
Hambatan wang, perbelanjaan keluarga dan persekolahan anak-anak sering menjadi faktor utama menghalang niat melanjutkan pelajaran golongan ini terutama mereka [...]
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh dan Salam 1Malaysia,
Pada 28 Jun 2010 (Isnin) lalu saya telah mengadakan sesi lawatan tidak rasmi atau walkabout ke Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) Shah Alam bersempena kemasukan pelajar baru UiTM bagi sesi 2010/2011. Saya sempat makan tengah hari bersama-sama para pelajar baru dan melawat bilik-bilik pelajar serta kemudahan lain di Kolej Mawar, [...]
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam 1Malaysia,
1. Sebagaimana kita semua tahu, Keusahawanan telah dipilih sebagai Projek Agenda Kritikal (CAP) yang paling terkini dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), iaitu CAP yang ke-22. Pemilihan tersebut adalah signifikan kerana ia menggambarkan kepentingan yang diletakkan oleh KPT dan pihak kerajaan terhadap elemen keusahawanan, terutama dari segi sumbangannya kepada perkembangan ekonomi [...]
KENYATAAN AKHBAR
MENTERI PENGAJIAN TINGGI
YB DATO SERI MOHAMED KHALED NORDIN
ISU PENDAFTARAN KEMASUKAN DAN PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN KE UNIVERSITI TEMPATAN
22 JUN 2010
Setiap pelajar baharu yang mendaftar di universiti-universiti awam tempatan perlu menjelaskan yuran pendahuluan kemasukan. Ini termasuk yuran sekali sepanjang pengajian iaitu yuran pendaftaran kemasukan seperti wang hemat diri, yuran minggu haluansiswa dan kad matrik (kad pelajar).
Walau [...]
Bismillahirrahmanirrahim,
Pertama sekali, saya dengan sukacitanya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar lepasan matrikulasi, STPM dan STAM yang berjaya menyambung pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Dengan berkat kesungguhan usaha, doa dan tawakkal, kalian telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan umum tersebut. Selaku menteri yang bertanggungjawab ke atas bidang pengajian tinggi di negara ini, saya berbangga [...]