
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya maka dapat saya merealisasikan hasrat untuk berkomunikasi dengan saudara-saudari menerusi blog.
Kemajuan teknologi maklumat atau lebih tepat internet telah membawa dunia kepada satu dimensi baru. Dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan ini, applikasi dan implikasi penggunaan teknologi dan kemajuan internet amat luar biasa merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Kerajaan pada hari ini yang dipelopori oleh Barisan Nasional memang tidak alpa dan ketinggalan dalam arus pemodenan ini. Pembangunan infrastuktur seperti penyediaan kemudahan jalur lebar dan sebagainya tetap menjadi keutamaan sebagai respon kepada pembangunan pesat ini.
Selain digunakan sebagai salah satu sumber maklumat utama pada masa kini, internet juga digunakan sebagai saluran untuk berkomunikasi.
Menyedari kepentingan pembangunan pesat teknologi dan peranan penting yang dimainkan oleh internet sebagai salah satu alat komunikasi dan interaksi, saya mengambil langkah untuk mewujudkan sebuah ‘web log’ atau lebih dikenali dengan blog. Tujuan dan matlamat asas penubuhan blog ini antara lain lebih kepada bertujuan untuk menyediakan medium terbaik untuk semua pihak menyalurkan pandangan dan maklumat terus kepada saya.
Selaras dengan tugas rasmi sebagai ahli kabinet yang memegang portfolio menteri di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), saya juga merasakan pentingnya untuk saya mewujudkan sebuah platform untuk berkomunikasi terutamanya dengan para pelajar dan ahli akademik universiti-universiti di bawah skop kementerian. Bidang tugas saya bukan hanya meliputi pelajar-pelajar dan ahli-ahli akademik di tanah air, ianya juga termasuk puluhan ribu rakyat Malaysia yang sedang belajar di universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia.
Dalam usaha untuk meningkatkan lagi martabat sektor pendidikan tinggi negara, saya amat mengalu-alukan idea, pandangan konstruktif serta kritikan membina dari para pembaca selaras dengan usaha murni tersebut.
Dalam menguruskan urusan harian sebagai seorang menteri dan ahli parlimen, baik ianya rasmi atau tidak, komen dan pendapat pembaca mungkin tidak dapat dipenuhi dan dibalas setiap masa. Menyedari hakikat tersebut, saya berusaha dengan sebaik mungkin untuk membalas dan memberi komen atas pendapat dan idea yang diutarakan oleh pihak pembaca. Apa yang diharapkan semoga komen, pendapat mahupun kritikan konstruktif terus diajukan melalui platform yang telah disediakan ini.
Para pembaca yang dimuliakan,
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada semua penduduk di dalam kawasan Pasir Gudang di atas kepercayaan dan mandat besar yang diberikan kepada saya dalam Pilihanraya Umum ke-12 baru-baru ini. Saya juga akan berusaha untuk memberikan khidmat yang sebaik mungkin sebagai ahli parlimen Pasir Gudang. Saya berharap saluran ini juga akan digunakan dengan sebaik-baiknya oleh masyarakat Pasir Gudang di mana saya wakili.
Salam Sejahtera,
Mohamed Khaled Nordin
Khalednordin.wordpress.com
June 21st, 2008 at 1:57 PM
Dato Seri, saya seorang pelajar matrikulasi. Saya mendapat pngk 3.83. Saya telah memohon untuk mendalami bidang perubatan. Malangnya, tidak mendapat tempat malah diberi di UPM, Kimia Perindustrian. Saya tidak boleh membuat rayuan juga disebabkan telah mendapat tempat di ipta. Tetapi, pngk saya melayakkan saya mendapat bidang perubatan di UNIMAS-sarawak ataupun di UMS-sabah. Diharapkan Dato Seri dapat membantu saya menukar kursus ke perubatan.
Segala bantuan dato seri saya ucapkan jutaan terima kasih dan tidak dapat saya memberitahu betapa saya mengharapkan dato seri menolong saya. Please help me. Thank you very much. Merlinda Shazellenne. Matrix num: MS0716570204
IC num: 891218-05-5402
House num:06-7620400
Hp num: 012-9419517
June 21st, 2008 at 1:59 PM
I’M SORRY. PLEASE TAKE MY E-MAIL ADDRESS IN CASE DATO SERI WANT TO REPLY ME THERE. THANK YOU VERY MUCH.
merlinda_d_magician@yahoo.com
June 27th, 2008 at 4:41 PM
Salam Dato,
Tahniah dan salam hormat dari saya. Saya mengharapkan agar blog Dato dapat menjadi medan diskusi dan percambahan idea bagi golongan akademia terutamanya yang masih baru seperti saya agar sistem pengajian tinggi negara dapat dimantapkan dan dimandirikan demi kebaikan agama, bangsa dan agama.
Salam berblog dari bakal pensyarah muda Fakulti Undang-undang UiTM.
July 3rd, 2008 at 11:40 PM
Assalamualaikum Dato’ Seri, Tahniah diatas kewujudan blog ini dan Tahniah juga kerana berjaya menerajui KPT dengan tabah. Semoga segala cabaran dalam mengangkasakan pengajian tinggi negara terutama meningkatkan kualiti dan pendidikan bangsa melayu dapat di tangani dengan tenang, bertawakal dan berusaha. Sebagai warga Johor, ahli UMNO,Warga Universiti Malaya, dan alumni English College,sudah tentu saya amat berbangga dengan pencapaian Dato Seri sehingga hari ini. Saya doakan kecemerlangan Dato Seri dalam KPT bagi merubah nasib bangsa Melayu berpendidikan demi memperkasa bangsa, agama dan tanahair.
July 9th, 2008 at 5:23 PM
Dear Dato’
It has been a while awaiting intelligent person like you to be in BLOG and I personally welcome you. Despite of some negative remarks given to BLOGGERS I would say that we must be at PAR with the world level of communication and not to retard it. “You can’t stop time or changes, but manage it”.
In what so ever way, readers must be looking forward to undersatnd you with more write ups and I believe on future plan of yours for Universities and students; the generations breeder for next Malaysian Generations.
I dont believe you would be writing politics since let it be the job of political bloggers.
Look forward to be your fans and I believe more would pen to comments.
Zul Zakaria
July 16th, 2008 at 4:41 PM
Salam Datuk Seri,
Tahniah kerana berjaya menghasilkan blog ini. Semoga blog ini akan menjadi wadah utk perjuangan Datuk Seri.
Saya adalah seorang yang bekerja dalam industri kejuruteraan berat di Pasir Gudang. Saya tinggal di Bandaraya Johor Bahru. Setiap hari saya berulang-alik JB-PG melalui Lebuhraya PG. Masalah yang saya hadapi adalah kesesakan lalulintas di lebuhraya tersebut sewaktu pergi dan balik. Saya minta jasa baik Datuk Seri untuk menaiktaraf jalan tersebut untuk kebaikan bersama. Industri kejuruteraan berat adalah industri yang sedang berkembang di negara ini. Saya harap perkara ini dipandang serius. Terima Kasih.
August 21st, 2008 at 5:44 PM
Salam Dato’Seri,
Saya amat yakin Dato’Seri seorang Wakil Rakyat yang prihatin, namun begitu apa yang ingin saya sampaikan adalah tentang orang lain yang sebenarnya tiada kaitan dengan saya secara terus tetapi oleh kerana saya menganggap ini adalah masalah yang boleh diselesaikan melaui kuasa yang Allah amanahkan kepada Dato’ Seri maka saya dengan rendah diri ingin menyampaikan agar ia di bawah pengetahuan Dato’ Seri.
Sila rujuk Harian Metro Selasa 27 Mei 2008 m/s 12
di bawah tajuk ‘Ayah…bantulah kami’
Penama Teena Binti Jasman adalah seorang ibu tunggal yang telah diceraikan oleh bekas suaminya yang merupakan seorang anggota polis marin melalui kiriman pos laju. Apa yang mendukacitakan, sampai ke saat saya menitipkan masalah ini kepada Dato’ Seri,
1) Masih belum ada sebarang tindakan terhadap bekas suaminya yang tidak memberikan nafkah zahir kepada dia dan anak-anaknya terutama sepanjang tahun ini.
2) Sampai waktu ini masih belum ada sebarang bantuan atau jengukan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) sekurang-kurangnya untuk meringankan beban yang ditanggung oleh beliau.
3) Seolah tiada simpati terhadap nasib dua orang anaknya yang masih bersekolah yang sekadar diberikan duit belanja RM 1 sehari, Dato’ Seri lebih arif tentang kos hidup masa kini. manalah cukup dengan belanja sebanyak itu.(anak sulung bakal menghadapi UPSR September ini)
4) Apa yang palig mendukacitakan ialah Puan Teena binti Jasman ini adalah salah seorang pengundi dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang yang diwakili Dato’ Seri.
a) Apakah pegawai-pegawai yang digaji Dato’ Seri tak dapat menyelesaikan masalah rakyat bawahan yang sentiasa mengharapkan keprihatinan orang yang dipilihnya.
b) Tidakkah Dato’ Seri rasakan ini merupakan sesuatu yang akan menyebabkan Dato’ Seri akan ditanya di kemudian hari yakni hari pembalasan akan tanggungjawab Dato’ Seri sebagai seorang pemimpin yang cemerlang imejnya dan hebat karisma kepemimpinannya di Malaysia?
c) Adakah Dato’Seri dan Datin Seri masih boleh tidur lena tanpa memikirkan nasib orang miskin, ibu tunggal yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mungkin sekurang-kurangnya hanya rekomentasi dari Dato’ Seri bagi mendapatkan bantuan kebajikan daripada pihak berkaitan kerana sampai sekarang masih belum diluluskan sebarang bentuk bantuan walaupun permohonan berkaitan telah diajukan?
4) Apakah menjadi satu kesalahan untuk seorang pemimpin yang berkaliber seperti Dato’ Seri untuk turun dan menjenguk terus secara peribadi mendengar masalah yang dihadapi si ibu tunggal yang malang ini?
5) Janganlah hanya selepas Stesen TV berkenaan datang untuk membuat rakaman untuk rancangan berbentuk meraih simpati rakyat barulah tergesa-gesa Dato’ Seri turun menjenguk dan menghulurkan bantuan sepertimana yang kerap dilakukan oleh pemimpin dewasa ini?
6) Saya amat yakin jika hari ini Dato’ Seri membaca kiriman saya ini dan terus mengambil tindakan sewajarnya maka Allah akan memberikan kedudukan yang terbaik kepada Dato’ Seri.
Saya memohon keprihatinan Dato’ Seri agar dapat menyelesaikan masalah berkaitan agar tidaklah orang bawahan mengutuk atau mengata di belakang tentang kegagalan Dato Seri merencanakan kebajikan kepada memerlukannya.
Terima kasih atas kesediaan Dato’ Seri
ikhlas menyapa,
PERFECTWATER75
Beseri, Perlis
August 22nd, 2008 at 10:31 AM
Salam Dato’ Seri…
masih tak baca ke aduan saya ni?
ikhlas menyapa,
PERFECTWATER75
Beseri, Perlis
August 29th, 2008 at 3:32 PM
bila lagi nak approve my comment???
October 31st, 2008 at 10:35 AM
tak ramai tahu blog dato.Nanti saya paparkan dalam RSS blog saya. Juga saya akan promosi blog dato.
Harap dato ulas isu2 semasa dgn kerap dan mantap..
rasanya dato boleh minta bantuan assistant dato utk tolong uploadkan dan adjust.
yg penting idea dan confirmation dtg dari dato sendiri.
salam perpaduan.
http://beritamalaysiakini.wordpress.com
November 4th, 2008 at 3:24 PM
penulis_cyber,
Terima kasih atas idea dan pandangan. Harap dapat membantu.
May 6th, 2009 at 10:31 AM
Salam perkenalan dari saya kepada YB Dato’ Khaled Nordin Menteri Pengajian Tinggi 2009. Tahniah diucapkan kepada Dato’.
July 2nd, 2009 at 1:25 PM
Assalamualaikum Dato Seri,
Tahniah kerana berjaya menghasilkan blog ini. Semoga blog ini akan menjadi wadah utk perjuangan Datuk Seri.
YB Dato ‘Seri , disini ingin saya memohon perhatian daripada Pihak Dato Seri ,untuk memantau Kos Yuran Pengajian yang semakin meningkat dan membebankan . Saya adalah diantara Pelajar e-pjj Uitm peringkat Diploma ingin mengeluh resah ,dan berasa terbeban dengan yuran kos Pengajian pelajar epjj Uitm yang semakin meningkat dari semester ke semester.Walaupun kami adalah pelajar PJJ yang bekerja tetapi yuran pengajian yang semakin meningkat amat membebankan kami yang rata -rata berkahwin dan mempunyai keluarga yang hendak ditangung disamping simpanan untuk membayar yuran pengajian setiap semester.namun jika yuran pengajian seperti ini semakin meningkat ia amatlah membebankan walaupun niat dihati untuk menuntut ilmu tetap diteruskan.
Dengan ini saya diantara Pelajar e-pjj Uitm amat berharap di bawah jasa baik Dato’Seri dapat memantau dan memberi perhatian tentang kenaikan Yuran Pengajian e-pjj yang semakin meningkat ketara dari semester ke semester ini , sesuai dengan Cogankata Rakyat didahulukan ,Prestasi Diutamakan.
Sekian Terima Kasih..
July 2nd, 2009 at 2:51 PM
salam dato seri.semoga kesejahteraan dan kesihatan yang baik di beri kepada dato seri dalam menjalankan tanggungjawab.saya salah seorang dari pelajar epjj uitm…ingin menyuarakan keluhan berkenaan yuran uitm pjj di uitm.saya berasa begitu hairan dengan kadar yuran di uitm dengan setiap semster semakin naik..dari asal satu subjek rm250 naik kepada rm290..tiap2 semester ada peningkatan.tapi yang menghairankan staf uitm di beri potongan bayaran sehingga 50% untuk semua subjek dan staf kerajaan yg lain tak deberi potongan seperti itu…sedangkan kamipn kakitangan kerajaan jugak mangapa tidak diberi potongan seperti itu..rata2 pelajar pjj bukanlah berasal dari golongan yang berada.lagipn uitm universiti bumiputra sepatutnya meringankan beban bumiputra.kami cuma beljar diuitm sebulan sekali sahaja dan yang lain belajar sendiri.saya berharap dato seri dapt memberi penyelesaian tentang masalah ini.dan membantu meringankan beban kami..bagi menjamin anak bangsa terus maju.dan berjaya.terima kasih dato seri…
July 3rd, 2009 at 9:53 AM
Terima kasih kepada pembaca s4852 atas komen dan pandangan di atas. Saya akan mohon ulasan dan jawapan dari pihak UiTM mengenai perkara ini.
Terima kasih sekal lagi.
July 3rd, 2009 at 10:00 AM
Saudara fendi215,
Saya turut akan mendapatkan jawapan bagi pertanyaan dan komen saudara seperti di atas.
Terima kasih kerana sudi membaca dan memberi komen.
Wassalam.