SELAMAT MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR IPT, POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh dan salam 1Malaysia,

Pada Julai 2010 ini, seluruh kampus IPT, Politeknik dan Kolej Komuniti negara akan meriah dan sibuk menyambut kehadiran para pelajar baru mendaftar di IPT, Politeknik dan Kolej-kolej Komuniti seluruh negara. Suasana biasa setiap tahun ini sememangnya dinanti oleh para pelajar baru dan lama di IPT, Politeknik dan Kolej Komuniti.

Saya mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para lepasan SPM, STPM, STAM, Matrikulasi dan Diploma yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di IPT, Politeknik atau Kolej Komuniti yang ditawarkan. Sudah pasti, keluarga anda akan berasa bangga dengan kejayaan dan kecemerlangan anda berjaya masuk ke IPT, Politeknik mahupun Kolej Komuniti.

Saya juga berharap agar budaya kecemerlangan yang anda tunjukkan di sekolah, kolej atau kolej matrikulasi dahulu akan terus diserap walaupun setelah bergelar mahasiswa/pelajar IPT, Politeknik dan Kolej Komuniti. Hal ini kerana, peluang dan ruang belajar di institut-institut pengajian tinggi tersebut amatlah berharga dan amat rugi sekiranya ia tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Anda adalah harapan keluarga dan negara. Oleh itu, anda lah yang harus membantu pihak kerajaan dalam merealisasikan modal insan unggul dan gagasan 1Malaysia seperti yang diharapkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Gunakan setiap peluang dan ruang di IPT, Politeknik dan Kolej Komuniti anda untuk menjadikan hasrat kerajaan ini mampu dicapai.

Selamat mendaftar diri sebagai pelajar di IPT, Politeknik dan Kolej Komuniti.

Selamat maju jaya!

Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Leave a Comment

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.